KUANTAN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyumbang RM265,000 kepada Tabung Bencana Banjir Pahang, hari ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang DiPertua MAINPP, Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Ab Rahman kepada YAB Menteri Besar l, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Alhamdulillah, hari ini saya menerima kehadiran deligasi daripada MAINPP yang diketuai oleh YB Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin.
“Kehadiran deligasi dari Pulau Pinang ini adalah bagi menyerahkan sumbangan untuk Tabung Bencana Banjir Pahang 2021 yang disumbangkan melalui tabung kutipan banjir masjid di seluruh negeri Pulau Pinang dengan nilai sumbangan adalah RM265,000.
“Dengan penuh rasa rendah diri, selaku wakil daripada Kerajaan Pahang, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang dan MAINPP atas sumbangan yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN