Syukurlah, 806 keluarga di Raub dah dapat duit bantuan banjir

Syukurlah, 806 keluarga di Raub dah dapat duit bantuan banjir

RAUB: Sekurang-kurangnya 806 keluarga sudah menerima bantuan wang ihsan banjir (WIB) di Raub dan pengagihan RM1,500 setiap keluarga itu bermula awal minggu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata pada program hari ini, beliau bersama pasukan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Raub menyampaikan bantuan itu.

Katanya, sumbangan itu diberikan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Dong.

“Kepada mangsa banjir yang tidak berpindah dan layak diharap dapat bersabar kerana senarai sedang dikemaskini dan agihan akan disegerakan. 

“Bagi mewakili mangsa banjir, saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN