KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Awshareen Aida Awang Kechik kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang doktor perubatan dari Universiti Malaysia Sarawak.
Menerusi hantaran di Facebook, hari ini, Wan Rosdy berbangga dengan pencapaian Awshareen Aida yang juga anak kepada Batin RPS Bukit Serok, Rompin, Awang Kechik Sikang.
“Saya difahamkan Awshareen Aida uga antara graduan yang mendapat bantuan pendidikan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang dan kini berkhidmat di Hospital Melaka.
“Saya sangat berbangga atas kejayaannya yang juga menjadi bukti bahawa orang kita sememangnya boleh berjaya dan maju lebih jauh sekiranya diberikan ruang dan peluang secukupnya,” katanya.
Wan Rosdy berkata, pencapaian Awshareen Aida dapat memberi inspirasi kepada anak Orang Asli yang lain untuk terus mengejar kejayaan dan impian masing-masing. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN