Tajaan RM1.13 juta suntik semangat Sri Pahang

Tajaan RM1.13 juta suntik semangat Sri Pahang

SRI Pahang FC (SPFC) mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan dua musim RM1.13 juta daripada Hakka Clo Plt bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2022/2023.

Tajaan kelengkapan sukan, khusus jersi sudah pasti memberi motivasi kepada pengurusan SPFC dalam melakar kejayaan manis bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, pihaknya berterima kasih di atas kesudian Hakka Clo Plt menaja kelengkapan sukan kepada Sri Pahang.

“Kita harap kerjasama ini mampu memberikan impak positif, sekali gus mengembalikan Sri Pahang pada kedudukan terbaik,” katanya.

Mohammed Suffian berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan kelengkapan sukan dalam saingan Liga Super musim 2022/2023 di Sri Pahang FC Lounge, di sini, malam tadi.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan itu masing-masing diwakili Mohamed Suffian dari SPFC manakala CEO Hakka Clo Plt, Noor Soallihin Mohamed mewakili syarikat berkenaan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN