Tak perlu borang, semua murid tahun satu dapat RM100

Tak perlu borang, semua murid tahun satu dapat RM100

LIPIS: Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan kira-kira RM2.36 juta sebagai bantuan awal persekolahan kepada 23,617 murid tahun satu di seluruh negeri bagi sesi persekolahan 2022.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program bantuan persekolahan itu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan semangat dan motivasi murid bagi memulakan sesi persekolahan.

“Setiap murid tahun satu akan menerima RM100. Insentif ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang keturunan.

“Kerajaan berharap ia dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam penyediaan peralatan persekolahan anak mereka,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang borang diperlukan kerana pemberian bantuan adalah automatik berdasarkan data kemasukan murid di semua sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD). – MUHAMMAD NAJMIE