Tak wajib pakai pelitup muka di tempat terbuka mulai 1 Mei ini

Tak wajib pakai pelitup muka di tempat terbuka mulai 1 Mei ini

KUANTAN: Kerajaan mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tidak lagi diwajibkan berkuatkuasa 1 Mei ini.

  Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada dalam bangunan dan tempat tertutup termasuk dalam pejabat dan pengangkutan awam.

  Katanya, kemasukan individu di semua premis tidak mengikut status vaksinasi.

  “Penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan dan imbasan kod MySejahtera Tidak lagi diwajibkan.

  “Bersalaman pada hari raya Aidilfitri juga dibenarkan,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

  Beliau berkata, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan dari pengasingan pada hari keempat sekiranya keputusan ujian negatif menggunakan RTK Antigen.

  “Namun jika masih positif, perlu lengkapkan tempoh pengasingan selama tujuh hari,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN