Talian telekomunikasi mudah alih hampir 100 peratus pulih

Talian telekomunikasi mudah alih hampir 100 peratus pulih

JERANTUT: Sekurang-kurangnya 94 peratus atau 538 struktur komunikasi yang terjejas kerana bah di Pahang sudah diaktifkan semula oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, terdapat 571 struktur komunikasi yang rosak.

“Kuantan mencatatkan paling banyak terjejas iaitu 140 diikuti Temerloh (138), Bentong (116), Lipis (50), Bera (45), Jerantut (35), Maran (22), Raub (15) dan Pekan (8),” katanya. 

Beliau berkata, semua pemancar itu ditenggelami banjir yang memaksa Tenaga Nasional  Berhad (TNB) memutuskan sementara bekalan elektrik sehingga banjir surut.

Mohammad Fakhruddin berharap semua penduduk yang mengalami gangguan telekomunikasi agar bersabar sementara kerja pembaikan dilaksanakan. – MUHAMMAD NAJMIE