Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Taman Eko-Rimba Lentang, Bentong, ditutup kepada awam, bermula semalam hingga 31 Januari 2022.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan bahawa penutupan itu bagi tujuan kerja penyelenggaraan.
“Penutupan sementara Taman Eko-Rimba Lentang, Bentong ditutup bermula 23 Oktober (semalam) hingga 31 Januari 2022. Oleh itu, segala kesulitan amat dikesali,” katanya menerusi hantaran berkenaan.