KUANTAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu segera menggerakkan kempen penanaman padi di kawasan paya terbiar di negara ini sebagai usaha meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata perkara itu perlu dimulakan dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu ketika ini.
“Sebagai contoh, usaha menanam padi di paya terbiar yang dilaksanakan di Maran terbukti berjaya.
“Makanan tidak dapat dieksport dan walaupun memiliki sumber kewangan kukuh, harga komoditi makanan akan naik sekiranya tidak mencukupi,” katanya di sini, semalam.
Oleh itu, katanya, MAFI harus mencari jalan bagaimana untuk memulakan kempen membangunkan tanah dan paya terbiar dengan tanaman seperti padi selain sayuran serta ternakan. – MOHD IMRAN IZZAD.