Tanda kerajaan negeri sayang ke aokme

Tanda kerajaan negeri sayang ke aokme

LIPIS: Seramai 503 mahasiswa anak Pahang di daerah ini yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara, menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 disediakan Kerajaan Pahang membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,600.

Melalui bantuan itu, setiap penuntut menerima RM200 sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain membantu meringankan beban.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long, berkata bantuan diberikan itu diharapkan dapat menampung perbelanjaan mahasiswa terbabit.

“Pendapatan negeri yang bertambah setiap tahun memberi peluang kepada semua lapisan rakyat menikmati pelbagai bantuan dibawah BPP bermula daripada bayi hingga warga emas.

“Ini tandanya kerajaan negeri sekarang sayang kepada seluruh rakyat Pahang,” katanya pada majlis penyampaian BPP kepada 503 mahasiswa anak Pahang daerah Lipis,di Dewan Tok Linggi di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Abdul Rahman Mohamad – MOHD IMRAN IZZAD