ATLET silat, Mohd Taqiyuddin Hamid dan gimnas negara, Koi Sie Yan, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pahang 2019/2020.
Dua atlet kebangsaan itu, masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM5,000.
Anugerah disampaikan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuantan, hari ini.
Turut hadir, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Mohd Johari Hussain.
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan menjadi milik atlet hoki, Muhammad Izham Azhar dan Siti Zulaikha Husain, masing-masing menerima piala, sijil dan wang tunai RM3,000.
Anugerah Paralimpik Lelaki diraih atlet tenis kerusi roda, Mohammad Yusshazwan Yusoff dan Paralimpik Wanita milik atlet bowling, Ruzila Mustafa.
Anugerah Khas Olimpian pula milik atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohd Latif yang membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM5,000.
Anugerah Paralimpik Lelaki diraih atlet tenis kerusi roda, Mohammad Yusshazwan Yusoff dan Paralimpik Wanita milik atlet bowling, Ruzila Mustafa. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN