Tarikh buang undi DUN Tioman 7 Disember ini

Tarikh buang undi DUN Tioman 7 Disember ini

PUTRAJAYA: Pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan diadakan 7 Disember ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon akan diadakan pada 24 November dan proses undi awal pada 3 Disember.

“Permohonan untuk undi pos akan dibuka mulai Sabtu (hari ini) sehingga 22 November,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, daftar pemilih terkini bagi DUN Tioman menunjukkan seramai 28,465 pemilih layak mengundi. – HELMY ABD RAHMAN