PERSATUAN Sepak Takraw Daerah Temerloh dan Temerloh Tornado akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Bawah 21 di Gelanggang Sepak Takraw Desa Murni, Kerdau, Sabtu ini.
Kejohanan julung kali diadakan itu membabitkan 12 regu terdiri daripada golongan belia tempatan.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh, Azril Sarit berkata, kejohanan itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, pada kira-kira 8 pagi.
“Pemain muda yang berbakat berpeluang untuk mewakili Temerloh pada Liga Sepak Takraw Pahang (LSTP),” katanya, di sini hari ini.- MOHD IMRAN IZZADÂ