Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi N42 Tioman turut ‘menghangatkan’ perniagaan usahawan setempat.

Bagi usahawan muda, Hadri Hassan, 35, yang menyediakan perniagaan makanan Perancis di Bandar Rompin, jumlah kedatangan pelanggan bertambah sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding biasa.

Dibuka sejak 2021 kedai diberi nama Temu Sama Kopi itu menyajikan pelbagai juadah enak, antaranya Gula Apung Latte dan Salted Kaya Toast.