TER Bukit Pelindung ditutup untuk kawal populasi kera

TER Bukit Pelindung ditutup untuk kawal populasi kera

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Taman Eko-Rimba (TER) Bukit Pelindung, di sini akan ditutup pada tarikh tertentu, sepanjang November ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan penutupan sementara itu bagi memberi ruang kepada jabatan itu melaksanakan operasi kawalan populasi kera di TER Bukit Pelindung.

“Penutupan bermula pada 1 November diikuti 3, 9, 11, 16, 18, 23 dan 25 November. Oleh itu, segala kesulitan amat dikesali,” katanya menerusi hantaran berkenaan.