KUANTAN: Ketua Pemuda UMNO Pahang berterima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Terengganu yang menghulurkan bantuan tenaga menyertai gotong-royong pasca banjir di Kuala Lipis.
Mohd Farid Mohd Nor yang juga Naib Pengerusi 1 Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) tidak menyangka 110 anggota skuad sabil Terengganu diketuai Tengku Haphiz Tengku Putera datang membantu warga Lipis.
Beliau berkata, dengan kekuatan kedua-dua Pemuda UMNO Negeri, mereka berpecah ke beberapa lokasi bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Kampung Binjai dan Penjom.
“Kita turut membantu Ahli Qariah Masjid Kampung Salang menyiapkan kerja mencuci kawasan masjid, ” katanya.
Menurutnya, sebelum pulang ke Terengganu, mereka turut mengirimkan barang sumbangan untuk diedarkan ke beberapa lokasi di seluruh Pahang. – YOP AJI