KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan Teratak Kasih iaitu rumah sementara golongan memerlukan.
Rumah yang terletak di Jalan Wong Ah Jang dilengkapi tiga bilik, ruang tamu, bilik air dan dapur dan mampu menempatkan 10 penghuni dalam satu masa.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, Teratak Kasih kali pertama diperkenalkan diurus sepenuhnya oleh Dapur Infaq Ummah yang turut bertanggungjawab membela nasib komuniti Lorong Wong Ah Jang.
“Teratak Kasih hanya dibenarkan untuk menumpang kira-kira dua minggu sahaja. Selepss itu, mereka perlu mencari tempat tinggal baharu.
“MUIP menyediakan rumah itu sebagai antara usaha membantu golongan yang tiada tempat bertuduh disebabkan pelbagai faktor,” katanya selepas berkunjung ke Teratak Kasih. – MOHD IMRAN IZZAD