KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terbabit dalam membantu dalam mangsa banjir di Pahang.
Katanya, walaupun tanggungjawab utama membantu mangsa banjir ini terletak di bahu kerajaan negeri, usaha dan inisiatif pantas di kalangan sukarelawan cukup amat dihargai dan membanggakannya.
“Dengan usaha murni itu jugalah, anda telah mengurangkan beban agensi kerajaan negeri tetapi lebih penting lagi dapat meringankan kesengsaraan mangsa banjir.
“Semoga Allah SWT dapat membalas jasa baik semua sukarelawan, terima kasih,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN