Terima kasih bebanyok Tok Wan

Terima kasih bebanyok Tok Wan

TEMERLOH: Rata-rata penduduk yang terkesan akibat banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, di sini, bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang dan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas keprihatinan serta kecaknaan diambil bagi membantu mangsa banjir.

Ahli Dun (Adun) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata penduduk juga tidak putus mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut sma menghulurkan bantuan antaranya kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah UAE dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

“Kami penduduk Dun Kerdau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar atas sumbangan ihsan mangsa banjir.

“Itu rata-rata ucapan yang diluah penerima yang saya dengari ketika menyampaikan bantuan mewakili YAB Menteri Besar,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menyentuh penerima bantuan di Dun Kerdau, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang berkata, seramai 315 ketua isi keluarga (KIR) yang mewakili 1,015 mangsa banjir menerima sumbangan itu.

“Butiran lengkap pengagihan dilaksanakan pada jam 9.30 pagi di Dewan Terbuka Sri Ketumbit ialah KIR yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Abdullah Kia seramai 26 orang; PPS Dewan SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) Temerloh (81 orang), PPS Dewan Kampung Peragap (lima orang); PPS Balairaya Kampung Kerdau (15 orang); PPS Dewan Kampung Kelibang (15 orang); PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lipat Kajang (19 orang), PPS Dewan Orang Ramai MIC (dua orang) dan PPS SMK Kerdau Kg Batu Sawar (15 orang).

“Manakala Dewan Orang Ramai Kuala Tekal Pengagihan jam 10.30 pagi untuk KIR di SK Kuala Tekal (21 orang); Balairaya Kampung Benom 13 (orang) dan Balai Budaya Kampung Sri Tanjung (tujuh orang),” katanya.

Menurutnya, bagi pengagihan pada jam 2.30 petang di Dewan Kampung Batu Sawar, pengagihan untuk KIR di PPS Balairaya Rumpun Makmur (lima orang); Balairaya Pulau Raya (enam orang) Balairaya Kampung Gunung Senyum (tiga orang); SK Batu Sawar (17 orang); Dewan Orang Ramai Pulau Pasir Mandi (32 orang); Dewan Orang Ramai Desa Baru Purun (14 orang); Balairaya Telok Sentang (lapan orang); Balairaya Paya Perak (empat orang) dan Balairaya Badok (32 orang). 

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan mangsa banjir yang masih belum mendaftar, supaya segera berbuat demikian untuk menerima peyampaian bantuan bagi fasa berikut,” katanya. – ZULKEPLI OSMAN