KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Rosdy mengajak masyarakat menghargai peranan ibu yang menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik, mengasuh serta mendewasakan anak sehingga menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat Hari Ibu kepada ibu di seluruh negara yang disambut hari ini.
“Anda adalah tulang belakang dan tonggak kepada sebuah kehidupan. Terima kasih atas pengorbanan, keringat serta kasih dan sayang yang telah dicurahkan kepada anak-anak harapan bangsa.
“Saya amat berterima kasih kepada isteri tercinta, Burhah Mohammed (Datin Sri) kerana menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak saya.
“Saya sentiasa terkenang arwah ibu. Semoga roh Allahyarham ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN