LIPIS : “Terima kasihlah kerana sudi datang ke Kampung Lubuk Kulit ini. Dari jauh pulak tu,” kata Ketua Kampung Lubuk Kulit, Mazlan Jali, 53.
Beliau berkata, bantuan itu amat dihargai 38 keluarga yang terjejas kerana banjir yang membabitkan 520 mangsa di desa itu.
Sementara itu, Setiausaha Penyelaras Bantuan, Mohd Faizal Saman berkata, beliau bersama 52 ahli yang mewakili empat badan bukan kerajaan (NGO) membawa bantuan seperti makanan kering dan barangan keperluan harian.
Katanya, empat NGO dari Negeri Sembilan itu bergabung tenaga mengumpul sumbangan sepanjang empat khas untuk membantu mangsa banjir di Pahang.
“Kami membawa enam lori bantuan. Kami memilih Lubuk Kulit di Lipis dan di Mentakab untuk menghantar makanan dan membuat kerja pembersihan rumah.
“Antara NGO terdiri Persatuan Kuala Pilah Invite, CMW Towing Service, Sukarelawan DUN Juasseh dan Jempul Team yang terdiri daripada anak muda pelbagai bangsa,” katanya.
Menurutnya, kebanyakkan ahli terdiri anak muda yang bekerja sebagai penunda kereta (towing) di Jempul, Kuala Pilah dan Seremban.
“Usah ini adalah sebagai wadah untuk mengeratkan persaudaraan di antara penduduk dari negeri lain dengan membantu mereka yang berada dalam kesusahan. – MUHAMMAD NAJMIE