Terima kasih ye Tok Wan

Terima kasih ye Tok Wan

PEKAN: Sekurang-kurangnya 1,085 warga emas berumur 70 tahun ke atas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini bakal menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain, berkata golongan warga emas itu akan menerimanya dalam tempoh terdekat.

Katanya, sumbangan bantuan itu disalurkan melalui program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) di atas keprihatinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Sumbangan barang keperluan harian ini diselaraskan oleh Wanita UMNO Pekan dan penerima (warga emas) yang layak akan menerimanya dalam tempoh terdekat ini.

“Dengan sumbangan ini diharap meringankan beban golongan berkenaan terutama ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Menteri Besar yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat Pahang, khususnya golongan warga emas. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN