Tiada Cuti Tambahan 22 Mei ini

KUANTAN 3 Mei 2024 (FIKRAH PAHANG) – Kerajaan Pahang mengeluarkan hebahan memaklumkan tiada sebarang cuti tambahan bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada hari sama pada hari Rabu 22 Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, berdasarkan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri menetapkan cuti bagi Hari Hol dan Hari Wesak adalah pada 22 Mei 2024 sahaja.

“Oleh yang demikian, tiada cuti tambahan bagi Negeri Pahang Darul Makmur pada 23 Mei 2024 bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei 2024,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Oleh: Kabhi Ismail