SEREMBAN: Sesiapa yang mahu bertanding di dalam pemilihan parti tidak boleh dihalang, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil.
Jelasnya, meskipun ada beberapa bahagian mengusulkan supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada pemilihan kelak, ia masih perlu dipertandingkan seperti termaktub dalam perlembagaan parti.
“Selepas kita berbincang, kita tidak boleh halang sesiapa bertanding walaupun ada beberapa bahagian yang mengusulkan agar jawatan ini (Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dipertandingkan.
“Tetapi kalau mengikut Perlembagaan UMNO, siapa yang mahu bertanding kita tidak boleh halang,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Program Jelajah Kesiapsiagaan Menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Penjelasan Isu-Isu Semasa, di sini, semalam.
Menurut Isham, beliau faham mengapa ada beberapa bahagian mengusulkan agar dua jawatan terpenting parti ini tidak dipertandingkan dan turut menegaskan bahawa isu ini dibawa oleh orang luar parti. – UMNO Online