Tiada rezeki, kebun nanas tenggelam 

Tiada rezeki, kebun nanas tenggelam 

PEKAN: Seratus dua puluh pekebun nanas di Kambung Baru Cenderawasih, dekat sini, rugi  kira-kira RM900,000 apabila kebun nanas mereka ditenggelami banjir, minggu lalu.

Abdul Halim Abd Latif, 37, berkata paras air di kawasan kebun nanas naik di antara satu dan dua meter selepas hujan lebat berterusan bermula 15 Disember lalu.

“Kebun kami setiap tahun ditenggelami banjir disebabkan berada dalam kawasan paya gambut.

“Faktor lebihan hujan turut menyebabkan paras air bertambah di antara dua dan tiga kali ganda,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, setiap pekebun menanggung kerugian di antara RM5,000 dan RM6,000 membabitkan kos benih, racun, baja dan upah buruh.

Katanya, pegawai Pejabat Pertanian Daerah Pekan sudah datang melawat kebun mereka dan melihat kerosakan berlaku bagi melayakan kami mendapat bantuan kerajaan. – MOHD IMRAN IZZAD