Tiga gerai kotor diarah ditutup dua minggu 

Tiga gerai kotor diarah ditutup dua minggu 

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menutup 14 hari tiga gerai makan, di sini, kerana tidak bersih.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah telur rebus masih diselaputi najis.

Selain itu, katanya, pekerja tiada kad kesihatan, tidak memakai apron dan penutup kepala manakala pinggan, mangkuk tidak dicuci dengan sempurna serta rosak.

“Lantai gerai juga kotor. Berikutan itu, enam kompaun berjumlah RM1,150 dikeluarkan terhadap peniaga terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Operasi Gempur itu dijalankan Bahagian Penjaja dan Penguatkuasaan MBK, pada 5 Januari lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN