KELAB Bolasepak Sri Pahang (SPFC) akan melengkapkan tiga pemain import baharu, masing-masing di posisi serangan, tengah dan pertahanan.
Menurut sumber, setakat ini kedudukan tiga import itu sudah dimuktamadkan sebaik jendela perpindahan pemain yang dibuka pada 28 Mei lalu.
“Sri Pahang akan menampilkan tiga import baharu iaitu posisi serangan, tengah dan pertahanan.
“Kita harap kehadiran tiga import ini akan membantu meletakkan kedudukan Sri Pahang pada prestasi terbaik,” kata sumber
Tiga import baharu itu dikatakan menggantikan Mahmoud Za’tara dari Jordan, Johan Martial (Perancis) dan Billy Ketkeophomphone (Laos).
Manakala penjaga gol dari Mali, Mamadou Samassa dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih bersama pasukan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN