Tiga lokaliti di dua daerah di Pahang ditamatkan PKPD esok

Tiga lokaliti di dua daerah di Pahang ditamatkan PKPD esok

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Tiga lokaliti, masing-masing satu di Rompin dan dua di Maran yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 9 Ogos lalu, akan ditamatkan esok, seperti dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dato’ Rodzi Md Saad, berkata lokaliti itu ialah Jalan Feri Lama, Teluk Gading di Rompin.

Katanya, dua lokaliti di Maran pula membabitkan FELDA Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau.

“Sementara itu, Kampung Telemin, Mukim Gua di Lipis dikenakan PKPD bermula 23 Ogos hingga 5 September depan.

“Pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.