Tiga lokaliti di Raub dan Bentong dilanjutkan PKPD

Tiga lokaliti di Raub dan Bentong dilanjutkan PKPD

Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar hiasan

KUANTAN: Tiga lokaliti di Raub dan Bentong yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 Julai lalu dan sepatutnya tamat esok, dilanjutkan pelaksanaannya. 

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Dato’ Sri Hishammuddin Hussein berkata, lokaliti terbabit ialah di Sungai Klau dan Sungai Chalit, Raub yang akan disambung pelaksanaan PKPD bermula 11 hingga 17 Ogos depan. 

Katanya, PKPD di lokaliti tapak bina IBN Highland, Genting Highlands di Bentong pula bersambung  mulai 11 hingga 24 Ogos. 

“Keputusan ini diambil selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Menurutnya, bagi Kampung Pagar Batu 6, Penjom di Lipis yang dikenakan PKPD pada 28 Julai lalu, lokaliti itu akan menamatkan pelaksanaannya esok, seperti dijadualkan