RTP online
Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar hiasan
KUANTAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di negeri ini ditamatkan esok iaitu lebih awal daripada tarikh dijadualkan.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Dato’ Sri Hishammuddin Hussein berkata, lokaliti terbabit ialah di Taman Tas dan Pandan, Taman Indera Sempurna serta Taman Impianku.
“Tiga lokaliti di Kuantan yang dikenakan PKPD 18 Julai lalu sepatutnya berakhir 14 Ogos ini, bagaimanapun kerajaan memutuskan untuk tamatkan lebih awal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan dua kes kematian dilaporkan di Pahang, masing-masing satu kes di Kuantan dan Temerloh setakat 12 tengah hari, hari ini.
“Sebanyak 602 kes baharu dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Pahang adalah sebanyak 29,125 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 7,412 kes. Sebanyak 454 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 21,397 kes manakala jumlah kematian adalah 316 kes,” menurut kenyataan itu.