Tiga puluh sukarelawan masak bubur lambuk

Tiga puluh sukarelawan masak bubur lambuk

KUANTAN: Kira-kira 800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan awam yang bertugas di Kompleks Tun Razak (Komtur) Indera Mahkota, di sini.

Program membuat bubur lambuk dianjurkan Jawatankuasa Surau Komtur dengan kerjasama Kelab Kebajikan Jabatan Kerajaan Negeri di Komtur.

Penyelaras program, Abd Bashir Abd Ghani berkata, program amal itu adalah acara tahunan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, tiga periuk besar bubur lambuk dihasilkan secara gotong-royong membabitkan 30 sukarelawan hasil sumbangan individu dan kelab kebajikan di Komtur. 

 “Saya bersyukur selepas dua tahun tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid-19 akhirnya program tradisi ini dapat diadakan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD