Tindakan yang sukar diterima akal, kata Ahli Parlimen Lipis

Tindakan yang sukar diterima akal, kata Ahli Parlimen Lipis

LIPIS: Ahli Parlimen Lipis kesal tindakan tidak waras sekumpulan lima  lelaki yang menyerang dan memukul ustaz dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras,  di sini, kelmarin.

Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata: “Tindakan mereka amat dikesali. Saya sudah terus minta pegawai aturkan perjumpaan dengan pengurusan sekolah. Saya nak ziarah dan jumpa mereka dan nak tau keadaan semasa di tempat itu.” 

Abdul Rahman berkata, mencederakan pelajar yang sedang menuntut ilmu di madrasah tanpa ada rasa hormat tidak boleh diterima akal. 

Katanya, tiada kompromi dalam isu sedemikian dan dan beliau akan pastikan si pelaku mendapat hukuman setimpal.  

Difahamkan, semua lima pelaku sudah pun ditangkap oleh pihak polis dan akan dituduh dalam masa terdekat.

Katanya, beliau tidak akan sesekali memberi ruang kepada tindakan yang menyalahi etika kemanusiaan dan undang -undang. – MUHAMMAD NAJMIE