KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel tidak memandang mudah berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini.
Justeru, jurulatih berumur 50 tahun itu mahu anak buahnya mengerah segala tenaga untuk menyekat tuan rumah daripada mengutip tiga mata.
“Sudah pasti kami mahu menang walaupun peluang dilihat seimbang. Tapi tiada yang mustahil untuk menghalang Selangor selepas kemenangan ke atas Penang FC yang diperoleh 16 April lalu.
“Saya percaya dengan kebolehan dan keyakinan serta semangat yang ditunjukkan pemain. Diharapkan mereka membuktikan pada perlawanan malam esok,” katanya.
Sri Pahang kini berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengutip empat mata daripada empat perlawanan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN