Tok Wan bantu mangsa kemalangan

Tok Wan bantu mangsa kemalangan

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, sempat membantu mangsa kemalangan di Buluh Kasap, Segamat, hari ini.

Difahamkan, beliau ketika itu sedang dalam perjalanan ke Kampung Gelang Chinchin sebelum ternampak kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah lori di hadapan sebuah sekolah di Buluh Kasap, Segamat, petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Wan Rosdy yang juga mesra disapa Tok Wan berkata, beliau sempat membantu mangsa kemalangan berkenaan.  

“Kebetulan saya melalui jalan itu ketika dalam perjalanan menziarahi beberapa buah rumah penduduk di Kampung Gelang Chinchin.

“Hari ini kita bantu orang, insya-Allah orang akan bantu kita pula di kemudian hari. Itulah ganjaran Allah SWT janjikan untuk setiap perbuatan baik yang kita lakukan,” katanya.

Wan Rosdy berada di Johor bagi membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN