Tok Wan dan Ahmad Said lawat perwakilan UMNO kemalangan

Tok Wan dan Ahmad Said lawat perwakilan UMNO kemalangan

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini sempat meluangkan masa menziarahi perwakilan Wanita dan Puteri UMNO Kemaman yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Alhamdulillah, syukur tiada kemalangan jiwa yang tidak diingini. Mereka mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di HTAA.

“Saya mendoakan mereka kembali pulih seperti sedia kala,” kata Wan Rosdy menerusi laman Facebook rasminya hari ini. 

Dalam kejadian jam 5.50 petang kelmarin, sembilan perwakilan Wanita dan Puteri UMNO dilaporkan mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 240.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur.

Difahamkan, Kejadian berlaku ketika semua mangsa berusia 21 hingga 68 tahun, dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – KHALEEF FITRI