KUANTAN: YAB Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berterima kasih kepada rakyat negeri ini yang mengundi BN.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang sedaya upaya membantu parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Segala jasa dan keringat amat saya hargai. Doa yang terbaik untuk negeri ini agar terus kekal makmur,” katanya.
Dalam PRU15 semalam, tiada parti memperoleh lebih daripada 50 peratus kerusi DUN dipertandingkan.
Daripada keseluruhan 41 kerusi, Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, BN (16 kerusi) dan lapan lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Pilihan raya bagi kerusi DUN Tioman pula ditangguhkan pada 7 Disember ini susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, awal pagi semalam. – HELMY ABD RAHMAN