Tok Wan hargai peranan media

Tok Wan hargai peranan media

KUANTAN: “Pengamal media menjadi tulang belakang kepada segala acara penting berlaku dalam lipatan sejarah negara,” kata YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kerana itu, jasa dan tanggungjawab wartawan serta pengamal media harus dihargai,  

“Sesungguhnya, saya menghargai jasa dan tanggungjawab wartawan serta pengamal media kepada negara terutama dalam menyalurkan maklumat sahih kepada rakyat.

“Pada kesempatan ini, saya mewakili pentadbiran Kerajaan Pahang mengucapkan selamat Hari Wartawan Nasional 2022 (HAWANA 2022).

“Semoga seluruh wartawan dan pengamal media dapat terus menjalankan amanah dengan sebaiknya selaras dengan etika kewartawanan sekali gus meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN