Tok Wan lancar `Pahang Pride OKU’ esok

Tok Wan lancar `Pahang Pride OKU’ esok

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka melancarkan ‘Pahang Pride OKU’, di sini, malam esok.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkhairi Zainol Abidin, berkata pelancaran itu sempena Program Pahang Memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU) 2022.

Katanya, objektif program itu untuk membantu dan memperkasa golongan OKU agar mendapat peluang dan perhatian sebagaimana anggota masyarakat yang lain. 

“Ia juga diharap menambah baik dan memperluaskan pelaksanaan program pemulihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang selama ini banyak membantu OKU dalam proses pengintegrasian mereka dalam masyarakat.

“Selain itu, ia memberikan pengiktirafan dan menyuntik semangat motivasi kepada komuniti PPDK yang memberi sumbangan terhadap pemulihan pelatih OKU,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di Pahang, terdapat 36,304 OKU berdaftar dengan JKM berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHINĀ