KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyahut seruan kempen membaca buku yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, hari ini.
Beliau berkata, ia seiring dengan Sambutan Hari Buku Sedunia 2022 yang disambut 23 April setiao tahun.
“Ambillah sedikit masa selama 10 minit dengan membaca buku demi menjayakan program ini yang membawa manfaat besar kepada masyarakat.
Ayuh kita jadikan amalan membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan. Mulakan dengan memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN