KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menasihati pesakit kanser supaya kekal bersemangat melawan penyakit itu.
Selain itu, katanya, beliau meminta agar pesakit kanser tidak berputus asa dan meminta masyarakat meningkatkan kesedaran mengenai risiko serta langkah pencegahan.
“Punca kematian kedua tertinggi di seluruh dunia adalah kanser. Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko seperti pengambilan tembakau, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tidak seimbang.
“Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai. Selebihnya kita berserah kepada Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN