KUANTAN 26 Februari 2024 (FIKRAH PAHANG) – Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan tunai kepada 200 anak jati Pahang yang sedang meneruskan pengajian di Jordan dalam lawatan kerja ke negara Jordan dan Maghribi yang bermula 25 Februari hingga 3 Mac 2024.
“Alhamdulillah,mereka kelihatan sihat, ceria dan bersemangat serta sudah boleh menyesuaikan diri di negara timur tengah itu” katanya yang memuat naik hantaran di Facebooknya hari ini,
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang telah menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan serta sumbangan USD100 (RM479) kepada setiap pelajar.
“Semoga anak-anak Pahang di Jordan dapat menjaga diri masing-masing serta belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Insya-Allah”.-
Oleh Kabhi Ismail