Tok Wan tanya, aokmer masok apa untuk berbuka hari ni

Tok Wan tanya, aokmer masok apa untuk berbuka hari ni

KUANTAN: Gulai tempoyak ikan puyu, ikan talapia goreng, kerabu nangka dan asam rebus ikan kembung antara juadah berbuka puasa enak dikongsikan pengikut laman Facebook (FB) rasmi YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hantaran dilakukan Wan Rosdy yang juga mesra disapa Tok Wan semalam yang bertanyakan mengenai masakan pengikutnya untuk berbuka puasa mendapat sambutan luar biasa apabila menerima tanda suka sebanyak 2,700 kali dan 668 komentar.

Pengguna FB dengan nama profil Shahrizat Mokhtar, berkata: “Kawae (saya) gulei tempoyok ikae puyu je, Dato.”

Samsiah Arshad pula berkata: “Asam Rebus ikan kembung + nenas je YAB DSri …Yummy.”

Arifah Mustafa menjawab: “Waalaikumsalam Dato Sri… Masok lemok putih taugeh campur tempe & ikan kembung masok sambei.. Alhamdulillah.”

Wan Rosdy turut memberi reaksi dengan menjawab di ruangan komen.

“Sedak-sedak blake dengor aokme masok yek. Selamat berbuka puasa semua. Syukur rezeki yang kita terima hari ni. Keh (saya) doakan moga murah rezeki blake semua,” katanya. – FIKRAH PAHANG