KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertanyakan khabar rakyat Pahang berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Beliau kemudian menasihati pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal supaya berhati-hati apabila menunggang.
“Assalamualaikum, ape kabor aokme blake? Sekarang musim tak brape menentu ni hati-hati di jalan raya terutama dekat ‘rider-rider’ semua. Sentiasa ingat orang yang tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sementara itu, bagi pemilik akaun yang menggunakan nama Azhar Ahmad, menyahut hantaran itu dengan memberikan ulasan agar semua orang Pahang berada di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT jua hendaknya.
Sri Baidah Zubai pula mendoakan semoga Pahang bebas daripada banjir besar.
“Terima kasih di atas kecaknaan YAB DS terhadap rakyat negeri Pahang. Bersyukur kami dapat MB yg prihatin, ramoh tamah sokmo,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN