KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan hormat Duta Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Hermono di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pendidikan, pekerja dan kebajikan warga Indonesia di Pahang dan juga kerjasama ekonomi antara Pahang dan Indonesia.
“Petang ini, dengan penuh rasa berbesar hati saya telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Republik Indonesia yang diketuai Duta Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Hermono di Pejabat Menteri Besar Pahang.
“Terima kasih saya ucapkan. Semoga hubungan baik antara Negeri Pahang dan Republik Indonesia ini dapat kita teruskan demi kebaikan rakyatnya, InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN