KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat berbangsa Cina di negara ini, khususnya di Pahang.
Beliau berkata, semoga tahun baharu itu membawa sinar dan limpahan rezeki serta kejayaan dalam kehidupan semua.
“Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat berketurunan Tionghua di negara ini amnya dan di seluruh Pahang khususnya.
“Semoga gembira dan ceria meraikan Tahun Baru Cina kali ini meskipun dalam keadaan serba sederhana ekoran kita belum lagi bebas daripada ancaman Covid-19.
“Saya mendoakan agar tahun Harimau ini akan membawa sinar baharu, rezeki yang melimpah ruah dan kejayaan berganda dalam kehidupan kita, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN