KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakyat Johor kerana kembali memilih Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri itu.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya malam ini, Wan Rosdy turut berterima kasih kepada jentera pilihan raya BN berikutan komitmen dan usaha gigih membantu kemenangan parti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
BN berjaya memperoleh lebih dua pertiga majoriti dalam PRN Johor apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan media yang disiarkan menerusi akaun Twitter rasminya kira-kira jam 12.45 tengah malam ini.
Difahamkan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 1.426 juta atau 54.92 peratus.
Selain BN, Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi. – HELMY ABD RAHMAN