Tokoh Frontliner akan diperkenal pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pahang tahun ini

Tokoh Frontliner akan diperkenal pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pahang tahun ini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang tahun ini bakal memperkenalkan anugerah Tokoh ‘Frontliner’ bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan berkhidmat tanpa mengira masa sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Perkara ini dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Katanya, pihak jawatankuasa kerja program sudah mengadakan mesyuarat khas bagi memastikan kejayaan sambutan tahun ini. 

“Pahang sentiasa konsisten mengadakan sambutan bulan-bulan kebesaran Islam secara rutin.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan kali ini bakal mengetengahkan pelbagai anugerah tokoh iaitu Tokoh Mauludur Rasul, Tokoh Ummah, Tokoh Daie dan terbaru diperkenalkan, Tokoh Frontliner,” katanya.

Beliau berkata, sambutan yang akan diadakan di bandar raya ini pada 19 Oktober, akan menampilkan tausiah sebagai teras utama sambutan dan pada masa sama semua hadirin perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan Covid-19. 

“Sambutan juga akan diserikan dengan persembahan salawat dan qasidah. Semoga Rasulullah SAW terus bersemadi di jiwa setiap ummah,” katanya.