Tolong patuh SOP jika hendak ke Tioman

Tolong patuh SOP jika hendak ke Tioman

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

ROMPIN: Polis menjangkakan peningkatan dua kali ganda jumlah pelancong berada di Pulau Tioman berikutan Deepavali, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata pihaknya turut mendapati kenaikkan jumlah tempahan di kebanyakan hotel dan tempat penginapan.

“Bagaimanapun, pelancong perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 di jeti Teluk Gading dikendalikan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin sebelum dibenarkan menaiki feri ke Tioman. 

“Anggota polis kini ditempatkan di jeti bagi mengawal keadaan selain memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya, di sini, hari ini.

Mohd Azahari berkata, pihaknya menasihatkan kepada pelancong supaya sentiasa mematuhi SOP sepanjang mereka berada di Pulau Tioman.

SOP yang perlu ada dipatuhi pelancong yang ingin ke Pulau Tioman ialah mereka perlu lengkap menerima dua dos vaksin.