Tongsan 11 kilogram jinak di Paya Chempaka

Tongsan 11 kilogram jinak di Paya Chempaka

TEMERLOH: Kali pertama menyertai Pesta Menangkap Ikan di Estet Ikan Paya Chempaka, Lanchang, di sini, hari ini, berbaloi buat Amirul Kamrul, 26 yang berjaya menangkap ikan tongsan seberat 11 kilogram. 

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diterima hari ini, tidak disangka percubaan kali pertama memberi kejayaan yang begitu membanggakan.

“Saya tidak menyangka ikan sebesar itu terperangkap dalam jala saya, walaupun bersaiz besar namun ikan berkenaan tidak terlalu liar atau ganas.

“Dalam kira-kira tiga jam saya mampu meraih lebih 40 kilogram pelbagai spesies ikan,” katanya yang muncul juara pertandingan ikan terberat.

Pesta itu yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, itu menarik lebih 1,200 penyertaan. – MOHD IMRAN IZZAD