Tuah 621 bayi Pahang Pride Kid di Maran

Tuah 621 bayi Pahang Pride Kid di Maran

MARAN: Sekurang-kurangnya 621 kelahiran direkodkan dalam kawasan Parlimen Maran dalam enam bulan pertama tahun ini yang melayakan mereka menerima insentif program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin berkata Pahang Pride Kid 2022 membuktikan keprihatinan Kerajaan Pahang terhadap rakyat sejak daripada bayi lagi.

“Rata-rata ibu bapa bayi ditemui mengucapkan terima kasih pada Tok Wan (YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) yang memperkenalkan insentif Pahang Pride Kid ini.

“Pelbagai bantuan dan insentif disediakan sebagai bukti begitu caknanya kerajaan negeri terhadap rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penanaman Pokok Program Pahang Pride Kid 2022 (Anak Kebanggaan Pahang) Parlimen Maran di Laman Qalbu, di sini, 8 Ogos lalu.

Hadir sama Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang, Nor Hafizah Md Nor dan Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee.

Pada program itu, 150 pokok Merbau ditanam kawasan Air Terjun Teladas. – MOHD IMRAN IZZAD